Akhirnya ku sentuh jua...
Jumaat malam sesudah berbuka puasa dan solat maghrib ruby bersama hubby menuju ke Bandar Baru Bangi, untuk melihat dan 'menyentuh' buat pertama kalinya 'anak sulung' itu. Tentu saja rasa berdebar-debar itu hadir untuk melihatnya. Apabila kami sampai di Bandar Kajang, ketika ingin menghubungi Kak Mariah untuk mengetahui alamat rumah barulah ruby tersedar bahawa telefon tidak ada bersama. Lantas bagaimana mungkin ruby temui rumah Kak Mariah tanpa 'benda' penting itu di zaman ini. Alamat sama sekali ruby tidak tahu begitu juga no. telefon Kak Mariah sendiri. No. telefon sesiapapun ruby tidak pernah hafal. Lalu terpaksalah kami berpatah balik semula ke Sg. Long… dalam hati berdetik, adakah hasrat hati terlaksana malam ini?
Sesampai di sana, Kak Su dan arjuna hatinya sudahpun sampai. Mereka juga kepenatan dengan perjalanan jauh dari Sungai Petani (termasuk singgah menyinggah di beberapa tempat) sebelum sampai KL. Duduk di sebelah Kak Su, ruby terjenguk-jenguk kepada susunan buku berkulit oren, tapi belum berani untuk menyentuh apa-apa (hanya pandang-pandang gitu). Khusyuk juga tengok Kak Su menyiapkan cop di helaian dalam buku itu bersama hero Kak Mariah, *li tu. Kemudian barulah Kak Su menolak satu susunan 10 buah kepada ruby. "Ini yang ruby punya."
Nah! Itu dia ruby, bukan satu atau bukan dua…tetapi 10 buah. Waktu itulah ruby menyentuh buat kali pertama salah satu daripadanya. Mula membelek helaian demi helaian. Hati terus berdetik, akhirnya 'ia' sudah bertukar rupa ya; bukan di dalam file MS Word, bukan di weblog sendiri tetapi sekarang 'ia' sudah dalam sebuah buku, 'ia' sudah berjilid dan 'ia' boleh ditatap oleh sesiapa dan di mana sahaja.
Hampir jam satu pagi, barulah kami beransur pulang… pada waktu ingin berangkat itulah juga, hujan datang bersama angin yang cukup kuat. Namun terpaksa kami redahi jua memandangkan waktu yang sudah begitu terlewat. Apakah petanda hujan yang datang malam itu selepas beberapa hari jerebu menyelubungi Kuala Lumpur?
Keesokannya: Hari yang 'cemerlang'. Tiada lagi pandangan seolah kabus (jerebu) di luar sana; alam kembali ceria; awan yang berarak itu megah berlatar biru langit yang tenang dan mentari itu sudah memunculkan dirinya. Rupanya hujan lebat malam tadi membawa seribu rahmat yang cukup besar ke muka bumi ini. Mungkinkah rahmat itu jua untuk 'ia' (PERCAYALAH…)?
*ps : tapi semalam (Ahad)… jerebu datang kembali. Kata hubby, macam duduk kat Stuttgart dalam musim dingin...ahaks
Percayalah…
Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang bapa. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang. Rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya. Sehinggalah dia bertemu… Nurnya.
Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita . Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.
Stuttgart... di situ hati mereka ditemukan. Pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi dan rasa yang bertunas tersimpan dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu. Kerana duka lara itu tiba lebih dahulu sebelum segalanya terjadi. Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai- sungai yang pasti bersatu di muara?
Posted at 05:56 am by rubyhazri
Titipan Suara Hati Penulis Buat Semua Pembaca e-novel PERCAYALAH...
Semenjak weblog PERCAYALAH... ini dibangunkan, e-novel ini dimulai dengan PROLOG. 5 April 2006 adalah entry pertama e-novel yang bermula dengan Prolog. Mungkin yang berkesempatan membaca akan tahu intipati PROLOG yang lalu. Tapi ruby pasti tidak ramai yang mengetahui kerana ruby telah membuangnya lebih awal. Maaf ye ...bukan niat begitu, tetapi ruby tidak pasti sama ada boleh menyiapkannya atau tidak. Atau mungkin akan ada PERCAYALAH2 ?
Dan ketika e-novel ini dipublishkan, PERCAYALAH... sudah pun 90% siap manuskripnya. Entah kenapa ye, ruby membuat perancangan begini. Tetapi memang begitulah ruby, terasa sebagai orang baru ...ruby perlu merangka segalanya dengan lebih awal dan tersusun. Bimbang apabila ada yang tertanya-tanya kesudahan jalan ceritanya. Lalu ruby siapkan semuanya lebih dahulu sebelum berani untuk meletakkan di blog. Cuma sebelum diletakkan, ruby akan menyemak kembali apa yang sudah siap itu 2/3 kali. Tapi masih juga terlepas pandang beberapa perkara...ahaks (banyak2 maaf). sepatutnya ruby letakkan 'edisi belum diedit' di setiap entry.
Akan berakhirnya e-novel PERCAYALAH... dalam Siri 33 nanti, ruby ingin melahirkan rasa terima kasih kepada semua yang sentiasa menjadi pembaca samada sepi ataupun tak sepi (yang sudah ruby kenali di sini). Banyak yang dapat ruby pelajari dari sini selama hampir 6 bulan e-novel PERCAYALAH... terapung-apung (pinjam kata-kata kaksu) di alam maya. Terutama belajar pola selera pembaca hari ini. Terima kasih banyak-banyak untuk itu.
** Tutup Suara Hati Penulis **
Percayalah…
Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang bapa. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang. Rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya. Sehinggalah dia bertemu… Nurnya.
Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita . Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.
Stuttgart... di situ hati mereka ditemukan. Pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi dan rasa yang bertunas tersimpan dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu. Kerana duka lara itu tiba lebih dahulu sebelum segalanya terjadi. Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai- sungai yang pasti bersatu di muara?
Mana mungkin lagi untuk ombak perasaanku ini mampu menghempas pantai hati mu, Atiqah... kalau sudah ada benteng di situ. ~ Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu? ~ Nur Atiqah

~ Lea Ischaar ~
(Gambar hiasan)
Percayalah... by Ruby Hazri
Posted at 10:03 am by rubyhazri