Percayalah..., Kopi Susu Sepatu Biru & Percayalah... Akhirnya
Salam buat semua,
Okey rasanya dah habis lah kut tempoh berdebar, gelisah atau tertanya-tanya dengan segala macam benda tentang hal buku baru, bilamana tanggal 3hb lalu sudah rasmi ia diletak di susunan rak buku di kedai-kedai buku. Biarpun sebenarnya pihak penerbit beria-ia benar nak surprisekan semua pada pertemuan dengan Cik Khairyn Othman, pada Ahad 4hb Oktober lalu. Tapi rupa-rupa ada juga yang sungguh rajin ke kedai buku dalam musim-musim mood raya ni . Minta ampun kepada yang 'terkena'. Lalu komplot kami (penulis, editor & pihak penerbit) nak buat surprise tu tak menjadi. Alhamdulilah... di pertemuan dengan Khairyn (maaf Khairyn, curi ruang masa awak hari tu) buku-buku itu diberikan kepada mereka (yang hadir semata-mata nak meraikan Khairyn) sebagai cenderamata sambutan Ulang Tahun Ke-3, Jemari Seni Publishing. Sekalung tahniah untuk JS dengan 'usia penerbitan' yang kian meningkat. Dan tentu saja jutaan terima kasih dengan peluang yang sering dibukakan buat ruby - penulis yang bernama 'kecil' serta rakan-rakan penulis lain untuk ikut 'menyertai' dunia penulisan kreatif Malaysia hari ini.
Habis satu para... Kemudian nak sambung para berikutnya ni. Tiap kali bila ada buku baru, telefon selalu berdering sama ada untuk mesej SMS atau panggilan dari bos besar di BBB. Frasa lazim yang selalu disebut...
"Ruby... kita nak hantar buku nak suruh ruby sign" atau pun "Ruby, buku yang ruby ada tu tolong sign dulu ye... nanti kita datang ambik dan ganti lain." (lebih kuranglah maksudnya). Lalu kita cadangkan dengan Kakyah petang tu...
"Kakyah... ruby jual sendirilah buku tu kat blog, kalau ada yang mahukan tt ruby. Senang sikit. Daripada kaksu & kakyah dok berulang alik datang sini hantar dan ambik buku. Ok ke?"
Lalu inilah ceritanya pada mereka yang mahu membeli buku bersama tandatangan penulis untuk ketiga-tiga buku ruby itu. Harganya sama saja sepertimana di laman Jemari Seni Publishing. Cuma kali ini segala urusan jual belinya akan melalui penulis sendiri.

Tahun Terbitan : 2006
Harga Asal : RM 21.00
Harga Jual : RM 19.00 (Termasuk kos penghantaran)

Tahun Terbitan : 2007
Harga Asal : RM 21.00
Harga Jual : RM 19.00 (Termasuk kos penghantaran)

Tahun Terbitan : 2009
Harga Asal : RM 22.00
Harga Jual : RM 20.00 (Termasuk kos penghantaran)
Jadi kalau ada yang berhajat hendak membeli sambil mendapatkan tandatangan terus daripada penulis, boleh berurusan dengan ruby di e-mel rubyhazri@gmail.com. Nanti ruby berikan nombor akaun bank. Pengeposan juga akan dilakukan sendiri penulisnya.
Posted at 10:33 am by rubyhazri
Fikiran buat masa sekarang tak berapa tajam... dan hal malas masih jadi nombor satu nak menaip. Jadi kita paste je blurb ringkas penerbit tentang 'ia'.

Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya
Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...
Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil
Salji datang lagi…
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yang pasrah
mengenang mentari cindur yang hilang
Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang
Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.
Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah
*****
Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.
Posted at 08:01 pm by rubyhazri