Sekadar mahu berkongsi dengan semua. Dan tentu sahaja lebih utama panduan buat diri sendiri.
Berdoa kepada ALLAH dengan doa berikut:
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepada-Nyalah aku akan dikembalikan."
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
Solat Sunat Taubat
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala."
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala."
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH."
Solat Sunat Hajat
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala."
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala."
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkati-Nya. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
Ia adalah sumber rezeki ygan berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya :
"Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala."
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembah-Nya.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembah-Nya.
Jangan berlebih-lebih berbelanja. Ingatlah walaupun syaitan di rantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita !!!
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib, bacalah doa dan berbuka :
"Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka."
Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakkan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).
Berniatlah untuk puasa esok hari dgn berniat :
"Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atas ku , tahun ini kerana ALLAH Taala." ( YANG INI JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan nama-Mu Ya-ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."
SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM RUBY. MOGA IKITA SEMUA MENDAPAT IBADAH PUASA YANG MAKBUL. MINTA MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP RUBY BERBICARA SELAMA DI SINI. DAN TERIMA KASIH ATAS SETIAP SOKONGAN YANG DIBERIKAN SEMUA. WASSALAM....
Posted at 05:57 pm by rubyhazri