.::Mutiara Kata::.


"...usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta
kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia.
tetapi atas kasih sayang-Nya kau dan dia bertemu
dan atas limpahan kasih-Nya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.
pernahkah kita terfikir kebesaran-Nya itu?"

.::Rakan Penulis::.


Dewi Sukma
Dina Najat
Hani Fazuha
Hlovate
Imaen
Izza Aripin
Izzul Izzati
John Norafizan
Khairyn Othman
Lily Haslina Nasir
Manjlara
Maya Adileah
Mersik Romoyu
Nazurah Aishah
Nina Suria
Noor Suraya
Norisah A. Bakar
Rnysa
Syud

.::Rakan Maya::.


PenutupOren
Wan Amalyn
Cik_ct
cwazywabbit
Em & AN
Infazety
iYa
Bunga
Jidah
Rafique
Majidah
Noushy & Syah
Enigma
Adhan
Diya
Iejay
Daichiviolet
Spectacularwave
Azeel
l3utterFly
Hannah
Arirada
Dyea
Nacha

.::Pengulas Buku::.


Antu Buku
Carrie Kirana
Dunia Novel
MamaErra
Rinn's Site
Seribu Satu Malam
WanAmalyn

.::Tautan::.


Momentus
Shukri & Nurul Online
Coretan Harian Seorang Insan Biasa
Hati Yang Luka
Suratan Atau Kebetulan
Voice Of My Heart
Eita's cOrner~wHen tUlipS bLoOmed
Hati Yang Luka
My Jedi Knight II
rabiatul adawiyah
Diya's Pen
JourneY to StaR
My Jedi Knight
Come And Gone Is Undecided
the-thoughts-in-me
ANDARIEL IN LIFE
Ceghita Yang Tak Seberapa
A Good Girl Prays to ALLAH
Warna Warni Kehidupan
Rainbow Over My Eyes
Auriss Haira'
~ Its My Life, My Point of View From My Heart
Pelabuhan Hati
azura
~iT wOn'T bE soOn beForE LoNg...~
eQuEphoria -wizard of exuberant-
Ratu Bulan Production
^...BiCaRa DaRi SeKePiNg HaTi...^ ~AiShAH~
Alam Maya Liyana


.::Komen Mereka::.


Dari Rak Buku Carriekirana
Dian & Lupine
MamaErra
Cwazy Wabbit
Wan & Nawwir
Cinta Dua Bangsa
Azeel
Antu Buku
Moglie Della Grande Mafia's Paradise
Rinn's Site
Wan
mamaErra
arirada
Rinn's Site
l3utterFly
Kalau Sudah Suka
dunia-novel
::@Ntu BuKu::~~~berbicAr@ TeNt@ng Ra$a~~~
Dari Rak Buku Carriekirana
Nina Suria

.::Guestbook::.


Apa-apa pandangan boleh ditinggalkan di
--- > [Buku Tetamu] < ---
@
--- > [Di sini] < ---


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


Sunday, December 17, 2006
Komen Tentang PERCAYALAH...

Cinta itu subjektif. Cinta datang dari pelbagai segi. Cinta itu tidak semestinya dimiliki. Tetapi yang pasti cinta harus dinikmati. Jangan perkecilkan cinta, kerana cinta bisa buat kamu jadi sesuatu. Cinta itu juga menyakitkan. Bila cinta itu tidak dapat dikongsi dengan seseorang yang pada kita, mungkin membahagiakan kita. Namun di sebalik cinta yang tidak dibalas, kita akan merasakan kemanisan cinta yang cuma bertepuk sebelah tangan. Atau juga kemanisan cinta yang dipendam, disemat jauh di sudut hati. Itu juga ada kemanisan bila seseorang itu dipuja dalam diam.

 

Aku mungkin merasai indahnya cinta usai sahaja membaca sebuah novel pada hujung minggu yang lepas. Novel yang sudah lama aku sedari tentang kewujudannya di rak-rak buku sebulan lepas, tetapi seperti biasa aku cuma memerhatikan sahaja. Tidak terdetik untuk membeli dan membacanya kerana takut novel itu akan mengecewakanku. Dan dari penerbit yang ternyata baru, aku cuma memerhati sahaja walaupun sudah terpikat dengan kulit bukunya.

 

Jumaat lepas bila menjenguk ke blog Nur Raina, aku terbaca komennya yang cukup ringan tentang novel ini. Dan seterusnya ke blog Carrie Kirana untuk ulasan selanjutnya. Dan tanpa kutunggu lama, terus ke kedai buku dan terus membelinya.

 

Setiap penulis baru, mempunyai penulis idola masing-masing. Dan kulihat Ruby Hazri juga terpengaruh dengan 2 penulis tersohor. Bukan satu masalahku, kerana sejauh mana pengaruh yang membelenggu seorang penulis muda, pasti sekali penulisannya tetap melambangkan identiti penulisan yang sebenar. Begitu juga dengan Ruby Hazri, dia sebenarnya punyai identiti sendiri. Penyampaian cerita yang lancar, tidak meleret-leret dan terus menarik minat untuk meneruskan pembacaan.

 

Aku tidak mahu menulis ringkasan cerita novel ini. Sudah banyak ditulis di blog-blog yag lain. Walaupun latar belakang ceritanya hampir kepada cerita yang ditulis John Norafizan, tetapi aku suka dengan suasana ini. Suasana berbeza berlatar belakang suatu tempat yang asing bagiku. Sebahagian besarnya berdasarkan Germany dan juga bahasa Jerman. Perbualan dalam bahasa Jerman juga menarik minatku. Sepertimana yang terdapat di dalam 'Ayat-ayat Cinta' dengan bahasa Arab Mesirnya.

 

Danial dan Ika, dua watak yang manis padaku. Semuanya bermula dengan persahabatan, satu percintaan terjadi. Itu sebabnya aku kata manis. Satu topik yang pernah aku kupas dulu dalam salah satu entriku. Dan lagi, Ruby Hazri menulis tentang keikhlasan Ika menerima persahabatan dari Danial, yang hidupnya berantakan selepas kematian ibundanya. Yup, keikhlasan itu penting dalam hidup sebenarnya dan itu yang ditulis dalam novel ini.

 

Terus terang aku katakan, penulisan kamu bagus sekali, Ruby. Segala monolog yang kamu tuliskan terkesan di hati. Membayangkan jiwa dan perasaan bagi kedua-dua watak utamamu. Hidup sekali aku rasakan bila kamu mencetuskan apa yang dirasai oleh Ika dan Danial. Dan permainan perasaan itu sengaja kamu panjang-panjangkan hingga menimbulkan suspen di hati pembaca.

 

Tahniah kepada kamu, Ruby Hazri. Berjaya membuatkan aku meletakkan tulisan kamu sebegini tinggi. Sepertimana novel-novel 'Sempadan Tanpa Seri', 'Tunjukkan Aku Satu Bintang' dan 'Ayat-ayat Cinta'. Dan semalam sudah kubeli naskah kedua, untuk seorang teman. Kuharap dia juga akan menikmati tulisan kamu, sepertimana aku.

 

[dipetik daripada datang dan menghilang...]

Posted at 09:40 am by rubyhazri
Comment  

Friday, December 08, 2006
RELEVENKAH AKU DI HATIMU?, KASIH SEHARUM LAVENDER dan PERCAYALAH...

Tanggal 10 Disember 2006 (Ahad) nanti e-novel pertama yang dibaca Ruby, Relevankah Aku di Hatimu? akan berada di pasaran. Ia akan mula diedarkan ke seluruh pelusuk Malaysia mulai esok (9 Disember 2006). Kali pertama menatap cover ini, Ruby sudah terpegun... Indahnya cover pink ini! Seindah lakaran kisahnya yang suatu ketika dulu buat hati Ruby tidak senang duduk untuk mengetahui kesudahan hubungan antara Kaduk dan Akasyah. Juga Mar, si jejaka alim itu. Tahniah! Anis.

 

Bulan Disember juga, menyaksikan sebuah lagi e-novel yang hangat di alam maya ini-Kasih Seharum Lavender. KSL akan mula dipasarkan ke seluruh Malaysia pada penghujung bulan ini. Juga daripada dinda Ruby; Eita Ashyta. Hari ini baru berkesempatan menatap kulit bukunya... Cantik sangat. Syabas! dan Tahniah! Eita. *Sorry eita... kak ruby culik cover ini lebih dulu* Jangan Marah!

 

Kedua-dua kulit bukunya bertemakan bunga - Sakura dan Lavender. Sayangnya bunga ini tidak muncul di Malaysia. Lantas itu tidak ada sebab lagi mengapa kita tidak mahu memilikinya kan?

PERCAYALAH... di dalam Berita Harian: 7 Disember 2006

Ketika dimaklumkan pada petang Rabu lalu, Ruby memang tidak tahu menahu akan artikel ini akan disiarkan di dalam sebuah akhbar besar di Malaysia. Lalu pagi-pagi lagi Berita Harian itu dicari, biarlah sebelum ini di rumah keluarga Ruby melanggan Utusan Malaysia. Jadi semalam buat kali pertamanya Berita Harian berada di atas meja.

Kepada penulisnya (siapa namanya kaksu? Ruby sungguh-sungguh tidak tahu namanya..), Ribuan terima kasih dengan ringkasan ceritanya yang manis dan tentu sahaja kesudiannya meletakkan kisah yang tidak seberapa dari penulis kecil seperti Ruby ini di dada akhbar Berita Harian.

Tidak lupa juga kepada semua yang menyokong PERCAYALAH... sehingga sampai ke tahap ini. Tanpa semua, tentu sahaja tidak begini. Dan dari khabar yang diterima, PERCAYALAH... akan diulang-cetak buat kali kedua dalam masa terdekat. Terima kasih Kaksu dan Jemari Seni tentunya yang memberi peluang cukup besar kepada PERCAYALAH... suatu ketika dulu.

 

(sumber : Berita Harian - 7 Disember 2006)

Posted at 01:31 pm by rubyhazri
Comments (9)  

Next Page

.::Karya::.


PERCAYALAH... (2006)
diterbit oleh Jemari Seni

ISBN: 983-43217-0-8
Muka Surat : 591
Oktober 2006

KOPI SUSU SEPATU BIRU (2007)
diterbit oleh Jemari Seni

ISBN: 978-983-43217-8-9
Muka Surat : 565
Disember 2007

* * * *
[Ruangan e-Novel Ruby Hazri]

.::TagBoard::.




.::Kalendar::.

<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

.::Masa Itu Emas::.




.::Semenjak April 5, 2006::.


free web counter

   

Blogdrive